Isnin, 25 Julai 2016

cakap yang baik- baik

Bila diperhatikan, apa yang ada dihati, itulah yang akan dipersembahkan. Maka, niatkan segala yang baik. Daripada hati niat baik, diteruskan dengan tindakan baik, inshaaAllah keputusan yang baik-baik. Tindakan itu yang bakal memberi pandangan. Percaya pada diri sendiri. Jika daripada orang lain juga ambil yang baik-baik sahaja. Yang sebaliknya,jadikan pengajaran atau tauladan. Sifat 'terlalu peduli' sebenarnya bahaya juga.

Ahad, 24 Julai 2016

Perancangan

Dalam usia yang sama , ketika mula remaja,dewasa atau tua ,peringkat-peringkat ini bakal melalui satu pengalaman yang berbeza. Begitulah keadaannya. Misalnya,Ketika kecil,hanya berkata soal permainan, ketika remaja ,suka berkata hal yang mampu membiarkan hidup mereka bebas .Hanya sesetengah sahaja mampu menyelami peringkat yang tidak sama. Mereka ini bijak dalam menangani masalah mengikut situasi.Yang lebih baik sebenarnya, seseorang itu sudah mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan peringkat yang lebih tinggi, mereka harus memahami tanggungjawab yang semakin berat tentang kehidupan akan datang. Dengan cara begini, mereka akan nampak lebih matang dalam tindakan. Tidak mudah melatah dengan apa yang bakal terjadi, sentiasa sabar dalam dugaan dan tersenyum saat menghapuskan kesukaran.

Sabtu, 23 Julai 2016

Ujian. Persoalan perlukan jawapan.

Sudah tidak mampu dikira lagi setiap hari nikmat yang selalu ada. Kadangkala , tidak nampak, tidak terfikir pun. Inilah salah satu cara berubah. Saat diri diselubungi rasa sekecil-kecilnya, yakinlah dengan nikmat yang ada. Usah dirasakan perlu sama dengan manusia lain. Masing- masing ada kelebihan kekurangan. Entah lebih besar nikmat yang ditanggung. Tidak nampak semua itu. Bukan kita tahu saat kita gembira, manusia lain sedang bersedih. Begitu juga sebaliknya. Yakinlah dengan apa yang Allah beri.