Ahad, 24 Julai 2016

Perancangan

Dalam usia yang sama , ketika mula remaja,dewasa atau tua ,peringkat-peringkat ini bakal melalui satu pengalaman yang berbeza. Begitulah keadaannya. Misalnya,Ketika kecil,hanya berkata soal permainan, ketika remaja ,suka berkata hal yang mampu membiarkan hidup mereka bebas .Hanya sesetengah sahaja mampu menyelami peringkat yang tidak sama. Mereka ini bijak dalam menangani masalah mengikut situasi.Yang lebih baik sebenarnya, seseorang itu sudah mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan peringkat yang lebih tinggi, mereka harus memahami tanggungjawab yang semakin berat tentang kehidupan akan datang. Dengan cara begini, mereka akan nampak lebih matang dalam tindakan. Tidak mudah melatah dengan apa yang bakal terjadi, sentiasa sabar dalam dugaan dan tersenyum saat menghapuskan kesukaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan